Monday, February 27, 2006
An-Nur
Seperti tahun-tahun sebelumnya, An-Nur merupakan satu risalah yang akan dikeluarkan setiap minggu oleh syukbah multimedia BANI sebagai pandangan secara menyeluruh tentang apa-apa aktiviti yang telah dijalankan pada minggu tersebut. An-Nur juga memuatkan pelbagai maklumat yang boleh dikatakan amat bermanfaat kepada pelajar kolej seperti, waktu solat, himpunan hadis, kata-kata hikmah, cerita-cerita teladan dan macam-macam lagi. Amatlah diharapkan, penerbitan An-Nur ini dapat diterbitkan secara konsisten sehingga ke akhir tahun Insya-Allah...
Saturday, February 25, 2006
Majlis Bubur Assyura
Alhamdulillah pada hari khamis bersamaan 23 hb Februari 2006 masihi/24 muharram 1427 hijriah, telah berlangsung satu lagi program yang dirancang oleh panitia pendidikan islam dan badan nahdhah islamiah The Malay College Kuala Kangsar.Majlis tersebut ialah Bubur Assyura Perdana dan Forum Agama. Persiapan masakan bermula selepas waktu rehat para pelajar senior iaitu pada pukul 11.10 pagi. Semua wakil pelajar dari asrama masing-masing yang telah sedia berpakaian sukan berada di hadapan asrama pavillion bagi membantu guru-guru memasak bubur tersebut. Pada malam itu pula, satu lagi majlis telah berjaya diadakan iaitu majlis forum agama di dewan hargreaves. Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.
Wassalam....
Wassalam....
Thursday, February 16, 2006
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini ialah blog pertama yang diterbitkan oleh Badan Nahdhah Islamiah The Malay College Kuala Kangsar.
Untuk pengetahua

Wassalam....
Subscribe to:
Posts (Atom)