Friday, September 28, 2007

Program Penghayatan Islam Tingkatan 1

Pada bulan Februari yang lepas, ahli BANI tingkatan 3,4 dan 5 telah menjalankan Program Penghayatan Islam Tingkatan 1 di suaru Prep School.Program ini telah diselia oleh para ustaz.Melalui program ini, pelajar diajar cara solat dan berwuduk dengan betul.

Monday, September 17, 2007

Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Khatam Al-Quran

8 Sept. yang lepas, Majlis bacaan Yasin dan solat hajat MCKK telah berjaya diadakan. Kehadiran oleh para ibu bapa amat menggalakkan. Kutipan telah dibuat pada hari tersebut dengan menawarkan Air mineral bersaiz 1.5 liter dengan harga yang kami tidak tetapkan. Alhamdulillah berkat usaha dan niat sedekah oleh pihak BANI dan ibu bapa, sebanyak rm 506.30 telah berjaya diraih pada malam itu. Segala kerjasama dan pertolongan yang telah diberikan oleh ahli BANI amatlah dihargai.

Pada pagi itu, 3 ekor lembu telah pun ditumbangkan. Selepas itu, mulalah aktiviti melapah, memasak dan sebagainya. Tengah hari, jamuan ringan telah diadakan dan pelajar tingkatan 3 dan 5 dijemput untuk makan bersama-sama. Pada waktu asar, para kolejian telah bersama-sama solat berjemaah di surau besar. Majlis khatam Al-Quran pula menyusul sebaik sahaja imam besar masjid Ridzuaniah, Ust Azizi bin Abd Ghazi sampai. Beliau telah mengetuai bacaan bersama-sama dengan 19 orang pelajar yang berkhatam al-Quran. Jamuan ringan menyusul selepas itu. Selepas maghrib, hadirin dan hadirat telah membaca al-Quran secara berjemaah, diikuti dengan bacaan Yaasin dan solat hajat. Ucapan oleh wakil ibu bapa dan seterusnya majlis bersurai.

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix