Monday, October 09, 2006

Program 'Usrah Perdana'

Alhamdulillah, pada hari Selasa dan Rabu yang lalu, bertempat di surau The Malay College Kuala Kangsar telah diadakan satu program 'Usrah Perdana' seperti yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja Bulan Penghayatan Islam 1427 H. Isi kandungan Usrah ialah keutamaan pada bulan Ramadhan dan Amalan-amalan yang Afdhal dikerjakan. Nama pun Usrah perdana, jadi program ini telah disusun bagi semua pelajar kolej yang telah dibahagikan kepada 50 kumpulan kecil dan naqib bagi setiap kumpulan merupakan ahli BANI sendiri dan disertai oleh beberapa orang ustaz. Seperti biasa program yang dijadualkan pada pukul 10.40 malam telah bermula tepat pukul 10.50 malam. Kehadiran tidak diwajibkan kepada para pelajar tingkatan 3 kerana mereka sedang menghadapi PMR dan kehadiran para pelajar tingkatan 5 adalah digalakkan. Pada hari Selasa, sebanyak 25 kumpulan yang pertama telah memulakan usrah manakala disambung pula dengan 25 kumpulan yang kedua pada hari Rabu. Dalam setiap kumpulan, semua kumpulan telah dibahagikan tanpa mengikut tingkatan. Senarai kumpulan telah dibahagikan oleh Sdr. Fauzi manakala isi kandungan Usrah telah disusun oleh Sdr. Hishamuddin. Alhamdulillah, kehadiran kolejian pada kedua-dua malam tersebut adalah amat menggalakkan. Amatlah diharapkan agar program ini dapat diteruskan dengan lebih sistematik dan komprehensif pada tahun hadapan InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

syabas la korang..aku memang respek ajk korang..byk aktiviti yg berfaedah..keep up the good work guys..

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix