Saturday, March 25, 2006

Majlis Qiamullail kedua.

Sekali lagi, satu majlis Qiamullail telah berjaya dilaksanakan dengan gemilangnya pada pagi 26 Safar 1427 Hijriah. Bertempat di surau Big School, semua pelajar junior iaitu para pelajar tingkatan 1,2 dan 3 telah diwajibkan manakala bagi pelajar menengah atas, tingkatan 4dan 5, amat digalakkan. Pada pagi itu, solat sunat Tahajjud, Hajat, dan beberapa solat sunat yang lain telah didirikan. Majlis Qiamullail itu adalah hasil daripada perbincangan AJK tertinggi BANI dan Panitia Pendidikan Islam The Malay College Kuala Kangsar. Bermula jam 5.00 surau telah mula dipenuhi oleh parapelajar junior. Kemudian ustaz jemputan luar iaitu Ustaz Asri telah tiba dan Qiamullail pun bermula. setelah tamat Qiamullail, solat subuh berjemaah diimamkan oleh ustaz Zulkeply bin Hasan. Selepas itu, satu kuliah Subuh telah diberi oleh ustaz Asri. Majlis tamat...

-tajdid wal islah-

Friday, March 24, 2006

Nadwah kepimpinan Islam.

Alhamdulillah, pada malam semalam bersamaan 24 Safar 1427 hijriah, satu pertemuan antara AJK nadwah kepimpinan Islam 2006 telah diadakan bermula jam 9.20 bertempat di bilik Bahasa Arab the Malay College. Seramai 4 orang ustaz dan 15 orang AJK tertinggi BANI telah hadir ke pertemuan tersebut. Pertama sekali, Nadwah kepimpinan Islam ini ialah satu program yang bertujuan untuk memantapkan kepimpinan ahli BANI serta mewujudkan pemimpin yang bukan sahaja cemerlang dari segi kempipinan malah mantap dari segi rohaniah. Kertas kerja telah dibincangkan dan beberapa penambahan dan pengurangan dilakukan. Tarikh sebenar Nadwah ini ialah pada 7-9 April dan bertempat di JPS Sungai Perak. Apa yang diharapkan selepas Nadwah ini ialah, semua ahli BANI akan lebih berdedikasi dan komited dalam menjalankan tugas sebagai ahli BANI.

"
Sesungguhnya berkat itu ada dalam jemaah"
-h.r mutaffaqua'laih

Friday, March 10, 2006

QIAMULLAIL PERDANA


Alhamdulillah, pada 10 Mac 2005 bersamaan 10 safar 1427 hijrah, satu majlis Qiamullail Perdana telah diadakan hasil perbincangan antara AJK BANI dan pihak pentadbiran The Malay College Kuala Kangsar. Semua pelajar telah dikejutkan oleh AJK BANI yang bertugas seawal 3.40 pagi. Setelah selesai membersihkan diri, semua pelajar dikehendaki berada di dalam surau. Qiamullail bermula setelah Ust Soffie dari SMK Bukit Merchu tiba. Dimulai dengan solat Tahajjud, Solat sunat Tasbih, Solat Sunat Hajat dan diakhiri dengan Solat Sunat witir sebanyak satu rakaat. Kemudian solat Subuh diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkeply bin Hasan. Walaupun dalam keadaan yang mengantuk pada pagi itu, sekolah tetap berjalan seperti biasa.

Sekian Wassalam.

Tuesday, March 07, 2006

Identiti BANI


Dalam satu perjumpaan yang kami adakan pada setiap hari khamis malam jumaat yang bertempat di surau besar The Malay College, Saudara Presiden, Mohd Ikhwan b Ahmad Zhaki telah mencadangkan agar BANI ini mempunyai identiti tersendiri. Antara cadangan beliau ialah dengan mengadakan satu 'sticker' yang dilekatkan pada pintu loker setiap ahli BANI dan membuat lencana BANI seperti yang telah di buat oleh badan-badan utama yang lain di Malay College, iaitu Badan Pengawas, Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM) dan Badan Pengawas Pusat Sumber. Setakat ini hanya cadangan untuk mewujudkan lencana yang berada dalam proses manakala 'sticker' pula masih dalam proses perbincangan.

WASSALAM...

Friday, March 03, 2006

Nur Islam

Alhamdulillah, pada hari ini sebahagian daripada ahli Majlis Syura BANI sedang bertungkus lumus menyiapkan artikel-artikel yang InsyaAllah akan dimuatkan dalam keluaran Nur Islam iaitu lidah rasmi BANI MCKK, dalam masa terdekat ini. Disini kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Al-Ustaz Ishak bin Harun kerana sudi 'turun padang' pada petang ini untuk menemani kami ahli BANI mencari maklumat di Internet.. Ana rasa setakat itu sahaja pada kali ini semoga NUR ISLAM akan diterbitkan dengan jayanya InsyaAllah...

Wassalam....

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix