Saturday, July 29, 2006

Usrah di Prep School..

Alhamdulillah, setelah tamatnya majlis sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta Temasya Olahraga Tahunan Malay College Kuala Kangsar 2006, pihak sekolah telah memansuhkan prep dan membenarkan para pelajar berehat di blok asrama masing-masing. Jadi pihak BANI telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan majlis Usrah untuk para pelajar tingkatan satu di prep school. Sebanyak 12 hingga 16 naqib dari kalangan ahli BANI telah dipilih bagi menjadikan majlis usrah ini satu kejayaan. Tajuk pada malam semalam ialah, 'solat mengikut cara Rasulullah SAW' sebelum memulakan Usrah, para naqib telah berkumpul di dalam bilik bahasa arab untuk diberikan sedikit maklumat tentang isi-isi usrah yang akan disampaikan kepada para pelajar tingkatan 1 oleh sdr presiden, Ikhwan. Usrah bermula selepas isya' sehingga lebih kurang jam 10.20 malam. Para pelajar telah menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan. Amatlah diharapkan agar program-program sebegini dapat mewujudkan dengan lebih meluas sekaligus menjadikan pelajar kolej yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Friday, July 21, 2006

Asmaul Husna



Pada setiap hari Jumaat sewaktu perhimpunan harian, salah seorang dari ahli BANI akan mengendalikan bacaan Asmaul Husna seperti tahun lepas.

Hadiah bagi Majlis Menghafaz Al-quran 1427


Pada tahun permulaan ni, hadiah bagi menengah rendah ditaja oleh kolej manakala bagi menengah atas telah ditaja oleh ahli BANI bagi tahun 1427H. Disebelah kiri bagi menengah atas manakala di sebelah kanan itu menengah rendah.

Usrah Mingguan.




Alhamdulillah, atas usaha yang memberansangkan oleh semua ahli Majlis Syura, satu program Usrah mingguan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya buat kali kedua. Usrah bermaksud 'keluarga'.. Jadi semua warga kolej yang berminat unuk menyertai usrah ini amat dialu-alukan. Setiap sesi Usrah ini dijalankan pada setiap malam sabtu iaitu pada hari jumaat malam. Untuk pengetahuan semua, sesi Usrah ini telah menjangkau ke sesi yang kedua. Pada sesi Usrah yang pertama, kedatangan ahli Usrah amat memberangsangkan, begitu juga dengan kehadiran untuk sesi Usrah kedua. Sebanyak 6 orang naqib (penasihat Usrah) telah diaturkan. Diharapkan program Usrah in mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan oleh pelajar kolej.

wassalam..

Friday, July 07, 2006

Majlis Perasmian.




Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, tetamu kehormat pada malam itu ialah tuan pengetua sendiri, En Mohd Rauhi bin Mohd Isa.. Manakala pengacara majlis pada malam itu ialah Saudara Mohamad Anif Adenan dan Saudara Aslam bin Abd Jalil.. Hadiah bagi pemenang menengah rendah ialah satu piala pusingan yang ditaja oleh pihak kolej dan wang tunai manakala bagi menengah atas pula merupakan satu piala pusingan yang ditaja oleh pihak BANI 2006 dan wang tunai.. Diharapkan majlis sebegini dapat diteruskan oleh pihak BANI pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Wassalam..

Peserta dan pemenang..




Beberapa orang peserta yang menyertai pertandingan hafazan tempoh hari.. berikut adalah keputusan pertandingan:

Menengah rendah:
1. shauqi
2. fakhri
3. amirrol

Menengah atas:

1. hanif
2. azrai
3. sheikh ahmad izzat

laporan majlis menghafaz Al-Quran 1427 H















Alhamdulillah, majlis menghafaz Al-Quran berjalan seperti yang dikehendaki.. Pembetulan, hanya seramai 9 orang peserta sahaja yang menyertai pertandingan ini iaitu 4 orang dari menengah atas dan 5 orang dari menengah rendah. walaupun tidak kesemua daripada mereka berjaya untuk menjawab kesemua soalan fatih (pemberi soalan), namun mereka telah menunjukkan usaha yang tiada tolok bandingannya. Hakim-hakim pada malam itu ialah, Ustaz Mohd Helmi bin Ibrahim, Ustaz Hasnan bin Pauzi, Ustaz Abd Latib bin Hashim dan Hakim Fatih, Saudara Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki.

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix