Friday, June 30, 2006

Persiapan untuk majlis menghafaz Al-Quran peringkat Malay College

Insya-Allah pada 1 Julai 2006 bertempat di dewan Hargreaves The Malay College Kuala Kangsar akan diadakan satu majlis yang amat bermakna bagi pihak BANI tahun 1427 H ini, iaitu majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Malay College kali pertama. Majlis ini merupakan satu cetusan idea ustaz Khainuri bin Hanafiah, salah seorang guru agama di Malay College. Dengan berbekalkan semangat yang jitu, semua ahli BANI telah mengembleng tenaga bagi memastikan majlis ini dapat diadakan tanpa cacat cela. Tetamu kehormat pada malam itu ialah tuan pengetua sendiri, En. Mohd Rauhi bin Mohd Isa. Peserta akhir bagi menengah rendah ialah seramai 6 orang manakala peserta akhir pelajar menengah atas ialah seramai 5 orang. Pada hari Khamis malam jumaat yang lalu, bertempat di bilik bahasa arab dan pendidikan Islam, telah diadakan satu mesyuarat ahli jawatankuasa tertinggi BANI untuk membincangkan perjalanan majlis kelak. Diharapkan majlis ini dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya Insya-Allah..

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix