Wednesday, May 24, 2006

Ibadat sembelihan

BANI dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah berjaya menganjurkan program ibadat sembelihan. Program ini dijalankan untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas mengenai aspek sembelihan. Disebabkan bab sembelihan ini termasuk dalam bab matapelajaran tingkatan 4, justeru semua pelajar tingkatan 4 telah terlibat bagi menjayakan program ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, semua pelajar tingkatan 4 diwajibkan membayar RM 5.00 seorang bagi membiayai harga seekor ayam mengikut harga pasaran. :-) Program ini sekaligus telah memantapkan pengetahuan para pelajar tentang aspek sembelihan dengan lebih mendalam lagi. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan istiqamah pada tahun-tahun yang akan datang, Insya-Allah.. wassalam..

Gotong-royong Membersihkan Surau sempena Hari Terbuka

Pada 19 haribulan Mei 2006, satu majlis gotong royong membersihkan surau telah diadakan sempena Program Hari Terbuka Asrama 2006 yang akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 20 dan 21 haribulan. Para pelajar yang ingin membantu telah mendaftarkan nama pada AJK BANI yang bertugas pada 18 haribulan lagi. Sambutan agak menggalakkan oleh para pelajar terutama sekali para pelajar junior. Antara aktiviti pembersihan yang diadakan termasuklah membersihkan rak-rak Al-Quran, membuang sawang dan membersihkan longkang. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh ahli BANI yang telah ditugaskan dan tidak dilupakan Pak Cik Abdul Majid yang telah menyediakan segala peralatan untuk proses pembersihan. wassalam..

Monday, May 15, 2006

Surau The malay College.




Surau Besar The Malay College mula dibina pada akhir tahun 2002 dan mula digunakan pada akhir tahun 2003. Surau yang mempunyai dua tingkat ini boleh menampung hampir 900 jemaah (lelaki dan perempuan) pada satu-satu masa.

Thursday, May 11, 2006

Majlis Khatam Al-Quran.


Pada setiap tahun, Panitia Pendidikan Islam bergandingan dengan Badan Nahdhah Islamiah akan mengadakan satu majlis Khatam Al-Quran bertempat di dewan Hargreaves pada tahun 2004. Ahli BANI yang telah dipilih mengalunkan bacaan beberapa surah dari Juz Amma diketuai oleh Imam Besar Masjid Ridzuaniah, Ustaz Azizi. Tetamu khas pada malam itu ialah Dr. Zainal Abidin, naib kaunselor Universtiti Teknologi Petronas (UTP).

Solat Maghrib Berjemaah.



Di bumi Malay College Kuala Kangsar, dasar telah menetapkan bahawa semua pelajar diwajibkan untuk bersama-sama bersolat maghrib secara berjemaah di Surau Besar Malay College.
Semua pelajar merangkumi pelajar tingkatan 1 hingga 5 berkumpul dan berjemaah bersama-sama.

Wednesday, May 10, 2006

Nur Islam.

Alhamdulillah, akhirnya hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, pada hari Isnin yang lalu, risalah Nur Islam telah berjaya diterbitkan... diharapkan usaha yang murnio dalam menegakkan agama Allah ini akan dapat dijalankan dengan istiqamah. Harga yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM 1.50 senaskhah denagn mempunyai 31 helai mukasurat bercetak.

Nur Islam.

Alhamdulillah, akhirnya hari yang di tunggu-tunggu telah tiba, pada hari Isnin yang lalu, risalah Nur Islam telah berjaya diterbitkan... diharapkan usaha yang murnio dalam menegakkan agama Allah ini akan dapat dijalankan dengan istiqamah. Harga yang telah ditetapkan ialah sebanyak RM 1.50 senaskhah denagn mempunyai 31 helai mukasurat bercetak.

LOGO BANI..


Sepanjang BANI atau nama lamanya Badan Revolusi Ugama (BRU) ditubuhkan, tiada logo rasmi yang digunakan bagi melambangkan identiti salah satu badan rasmi di bumi Malay College ini. Alhamdulillah, baru-baru ini, akhirnya setelah disunting beberapa kali, logo BANI yang rasmi dapat dikeluarkan.. Hasil kerja keras saudara Faiz Hayati, dan saudara Uzair sebagai penyunting, BANI kini mempunyai satu mercu tanda yang boleh dibanggakan.

Monday, May 01, 2006

Persiapan Nur Islam.

Alhamdulillah, sekarang semua ahli BANI sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan Lidah Rasmi BANI Nur Islam... Diketuai oleh saudara Ahmad Firdaus Azrain, semua kerja berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa masalah berkaitan dengan komputer... Diharapkan Nur Islam dapat diterbitkan dalam masa terdekat ini InsyaAllah..
Wassalam...

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix