Pada tahun permulaan ni, hadiah bagi menengah rendah ditaja oleh kolej manakala bagi menengah atas telah ditaja oleh ahli BANI bagi tahun 1427H. Disebelah kiri bagi menengah atas manakala di sebelah kanan itu menengah rendah.
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALlah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal abadi di dalam neraka. Kekal abadi di dalam syurga
PERINGATAN
Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki. Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam. Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran
Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya. Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah
Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus. Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya
Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan
Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala). Manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa bertaubat
Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka di dunia memakan harta anak yatim
Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya
Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment