Friday, March 30, 2007

Sambutan Maulidur Rasul 1428h


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, sekali lagi pihak BANI dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam serta semua pelajar The Malay College telah berjaya menganjurkan suatu majlis sambutan bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar nabi kita iaitu Muhammad S.A.W.

Setelah persiapan yang telah dirancang selama berminggu-minggu, daripada perbincangan antara ahli jwatankuasa bersama para ustaz hinggalah ke proses pembuatan kertas kerja. Majlis ini boleh dianggap sebagai berjaya walaupun ada sedikit kemaslahatan yang berlaku ketika majlis berlangsung. Namun dengan sikap professional yang ditampilkan oleh semua ahli jawatankuasa, masalah yang menggangu akhirnya dapat diselesaikan.

Majlis ini merangkumi sambutan peringkat kolej disamping pertandingan-pertandingan yang diadakan sebagai contoh pertandingan surau tercantik, pertandingan menulis esei, pertandingan khat, pertandingan kuiz pengetahuan Islam dan juga pertandingan sepanduk tercantik.

Kami daripada pihak pengurusan BANI ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua En. Mohd. Rauhi bin Mohd Isa, penolog-penolong kanan, Ustaz Zulkeply, Ustaz Helmi, Ustaz Latib, Ustaz Kahinuri, Pak Brahim dan semua pelajar serta individu-individu yang menyokong serta membantu kami secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu kelemahan kami sendiri.Sekian

Monday, March 12, 2007

Cinta ;P

(dipetik dari laman web APIS)

Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh

Moga-moga kita semua dirahmati ALlah SWT

Cume nak tarik perhatian kite-kite dgn al-Quran. Berapa cepat kita boleh jawab atau imbas fakta mengenai al-Quran?

1) Jumlah surah dalam al-Quran.

2) Jumlah juz dlm Quran.

3) Jumlah surah-surah Makkiyah dan surah-surah Madaniyyah.

4) Nama surah pertama, tengah dan terakhir.

5) Surah terpanjang dan terpendek.

6) Ayat pertama dan terakhir diturunkan.

7) Turutan nama-nama surah dlm al-Quran daripada awal sehingga akhir.

8) Berapa banyak ayat yang kita hafaz daripada al-Quran (dgn tajwid yg betul)?

9) Siapakah yang mencadangkan catatan al-Quran dibukukan? Kenapakah beliau mencadangkan al-Quran dibukukan?

10) Sebanyak manakah kita membaca al-Quran dalam sehari?

Soalan-soalan ni bukan nak mencabar sesapa. Bukan untuk berlagak. Kalo nak kata kuiz, bolehla dikatakan kuiz utk diri sendiri. Soalan ini utk KITA semua, termasukla teman. Buat renungan....

Kalau orang tengah bercinta, kita mintak 10 soalan kenapa dia cinta kekasih dia ke, pasal peribadi / ciri-ciri kekasih dia ke, jangankan 10, kekadang 100, x pon 1000 dia buleh kasi. Maklumlah, asyik & kemaruk!

Tapi, kalau 10 soalan pasal Quran ni pon kita 'fail', siapa yang kita CINTA sebenonye?.. .....

Rayuan Nurani

Untuk renungan saudara-saudaraku

Sunday, March 11, 2007

'Umat Ini Tidak Akan Mati"


Doha - 12-10-2006 - (ringkasan dari Laman al-Qaradhawi)


"Umat ini tidak akan mati, dan ini adalah permulaan... Umat ini tidak akan menghampakan kita, dan kita akan berterusan. Islam akan kekal selama mana Allah kekalkannya. Bagaimana boleh hilangnya Islam dan Umat Muhammad yang kekal itu!? Islam agama agung yang dibantu dan mempunyai masa depan. Sesungguhnya kewajipan kita hari ini ialah menyokong projek umat ini agar kita membuktikan kewujudannya, seungguhnya ia akan gemilang, Fajar muncul kembali setelah bergelumang didalam kegelapan....

"Ini merupakan ucapan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di Doha pada hari Rabu, Oktober 11, semasa melancarkan tabung kewangan untuk aktiviti memprojekkan imej Islam dan Nabi Muhammad :saw kepada Barat didalam pelbagai bahasa. Projek ini dinamakan "membawa Rahmat kepada seluruh Alam". Didalam pelancaran khas di ibu kota Qatar telah memperlihatkan nilai sebanyak 10 juta Qatar Riyal telah didermakan, termasuklah didalamnya barang-barang kemas, saham-saham dan tanah. Seorang peniaga Saudi telah menderma sebanyak 2 juta riyal dan seorang wanita melalui talipon telah menderma sekeping tanah yang bernilai 2 juta riyal. Ramai dikalangan wanita yang hadir telah membuka perhiasan mereka yang merupakan kalung emas dan berlian, didermakan kepada kempen tersebut.Naib Ketua Majlis (Badan kebajikan al-Balagh) tersebut, Syeikh Ali Muhyidin al-Qurah Daaghi menjelaskan bahawa cita-cita mereka adalah untuk mewujudkan stesyen TV satelite didalam pelbagai bahasa dengan tujuan membetulkan imej salah tanggap mereka terhadap Islam dan Nabi yang mulia.

Idea projek "Rahmatan Lil'Alamin" ini merupakan respon kepada krisis kartun anti-Nabi tahun lepas. 12 kartun, termasuk salah satunya lukisan yang menunjukkan Nabi memakai serban berbentuk bom, yang telah diterbitkan oleh suratkhabar Denmark Jyllands-Posten pada tahun 2005 dan disiarkan kembali oleh suratkhabar Eropah yang mendakwa sebagai pendokong kebebasan bersuara.Lukisan tersebut telah membangkit kemarahan umat Islam seluruh dunia dan terjadi juga tunjuk perasaan yang ganas. Seterusnya peristiwa ini telah membangkit sebilangan umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Barat melancarkan projek memberi kesedaran terhadap kemuliaan dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, February 19, 2007

Tahun Baru 1428h


Sudah agak lama 'post' tidak dikeluarkan dalam blog ini. Tahun ini BANI akan lebih menumpukan tenaga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dicadangkan pada tahun ini mahupun rancangan pada tahun lepas yang tidak sempat dijalankan Insyaallah.
Dengan kepimpinan yang baru tahun ini, BANI pasti terus maju dengan pelbagai program yang pasti akan mengukuhkan iklim dinni di Kolej mahupun dalam hati setiap pelajar kolej itu sendiri. Tidak banyak yang boleh diperkatakan lagi sekarang. Isyaallah blog ini akan dikemaskini setiap minggu untuk makluman para pelawat sekalian. Wassalam

Monday, October 09, 2006

Program 'Usrah Perdana'

Alhamdulillah, pada hari Selasa dan Rabu yang lalu, bertempat di surau The Malay College Kuala Kangsar telah diadakan satu program 'Usrah Perdana' seperti yang telah dinyatakan di dalam kertas kerja Bulan Penghayatan Islam 1427 H. Isi kandungan Usrah ialah keutamaan pada bulan Ramadhan dan Amalan-amalan yang Afdhal dikerjakan. Nama pun Usrah perdana, jadi program ini telah disusun bagi semua pelajar kolej yang telah dibahagikan kepada 50 kumpulan kecil dan naqib bagi setiap kumpulan merupakan ahli BANI sendiri dan disertai oleh beberapa orang ustaz. Seperti biasa program yang dijadualkan pada pukul 10.40 malam telah bermula tepat pukul 10.50 malam. Kehadiran tidak diwajibkan kepada para pelajar tingkatan 3 kerana mereka sedang menghadapi PMR dan kehadiran para pelajar tingkatan 5 adalah digalakkan. Pada hari Selasa, sebanyak 25 kumpulan yang pertama telah memulakan usrah manakala disambung pula dengan 25 kumpulan yang kedua pada hari Rabu. Dalam setiap kumpulan, semua kumpulan telah dibahagikan tanpa mengikut tingkatan. Senarai kumpulan telah dibahagikan oleh Sdr. Fauzi manakala isi kandungan Usrah telah disusun oleh Sdr. Hishamuddin. Alhamdulillah, kehadiran kolejian pada kedua-dua malam tersebut adalah amat menggalakkan. Amatlah diharapkan agar program ini dapat diteruskan dengan lebih sistematik dan komprehensif pada tahun hadapan InsyaAllah.

Tayangan gambar WTC di balik tabir.

Seperti yang telah dinyatakan dalam kertas kerja Bulan Penghayatan Islam MCKK 1427 H, satu tayangan gambar yang berkisar tentang disebalik tabir atau dalam bahsa inggerisnya ' The Making Of' runtuhnya bangunan WTC di US telah diadakan di dewan TAR MCKK pada hari sabtu malam jumaat iaitu pada 30/09/06 bersamaan 8 Ramadahan 1427 H. Kehadiran adalah tidak diwajibkan kepada semua pelajar tetapi bagi memenuhi masa hujung minggu masing-masing, dewan TAR tetap dibanjiri hingga tak cukup kerusi. Tayangan telah bermula pada pukul 9.30 malam dan berakhir pada pukul 10.45 malam. Jawatankuasa tayangan ini ialah saudara Khozafi Abd Razak dan dibantu oleh beberapa ahli BANI yang lain.

Friday, September 29, 2006

Majlis Sambutan Bulan Ramadhan peringkat MCKK

Alhamdulillah pada hari isnin 2 Ramadhan 1427 H yang lepas, ahli-ahli BANI telah bertungkus-lumus mengadakan majlis sambutan Bulan Ramadhan peringkat MCKK. Sebelum itu pelbagai program telah diaturkan oleh kami. antaranya ialah,

1. MEMBACA AL-MATHURAT SELEPAS SOLAT SUBUH BERJEMAAH.

2. TAZKIRAH RAMADHAN SEMASA PERHIMPUNAN HARIAN DI HADAPAN DEWAN TAR.

3. KULIAH ASAR DI PREP SCHOOL DAN NEW HOSTEL.

4. SOLAT TARAWIKH SEBANYAK 8 RAKAAT DIIKUTI WITIR SEBANYAK 3 RAKAAT.

5. MORE SECARA BERGILIR-GILIR MENGIKUT KELAS.

6. QIAMULLAIL PERDANA.

7. USRAH PERDANA.

8. TAYANGAN GAMBAR ( WTC DI BALIK TABIR ).

9. TADARUS AL-QURAN.


Sesetengah daripada program yang telah dibincangkan telah pun dikendalikan dengan jayanya. Antaranya ialah tadarus al-quran, bacaan al-ma'thurat, tazkirah sewaktu perhimpunan, kuliah asar di prep school dan new hostel, more mengikut kelas, solat tarawikh dan tayangan gambar yang bertajuk, 'wtc di balik tabir'. Alhamdulillah, komitmen yang telah diberikan oleh para kolejian sedikit sebanyak membantu pihak BANI untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang. Semoga manfaat daripada program ini dapat dirasai oleh seluruh warga kolej.


'KITA HANYA MERANCANG, ALLAH JUALAH YANG MENENTUKAN'

-wassalam

Wednesday, September 20, 2006

kutipan pihak BANI


sebelum majlis bacaan yasin berlangsung selepas maghrib, pihak badan nahdhah islamiah telah membuka 2 kaunter pendaftaran di bahagian kiri surau dan bahagian depan surau. sewaktu pendaftaran, pihak BANI telah membuat inisiatif ntuk menjual Air mineral sebagai 'air yasin'. Tiada harga yang kami tetapkan. hasil daripada sumbangan itu telah disalurkan sepenuhnya kepada aktiviti BANI.

majlis khatam al-quran




selepas majlis akikah pada sebelah paginya, majlis khatam al-quran telah dadakan pada sebelah petang. sebanyak 19 orang peserta telah mengambil bahagian dan bacaan diketuai oleh ustaz azizi al-hafiz dari masjid ridzuaniah kala kangsar. acara bermula sebaik sahaja selesai solat asar secara berjemaah.

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana 1427H


baru-baru ni telah dilangsungkan majlis yang gilang gemilang iaitu majlsi bacaan yasin dan solat hajat bagi tahn 1427 h. majlsi ini bertempat di surau besar malay college. disamping itu, majlis khatam al-quran juga diadakan selepas waktu asar. sebanyak 3 ekor lembu telah ditumbangkan pada hari itu..

Friday, August 25, 2006

Pertandingan Musolla peringkat negeri Perak 1427 H

Untuk pengetahuan semua, pertandingan Musolla cemerlang peringkat negeri Perak yang baru-baru ini disertai oleh MCKK telah diketahui keputusannya. Alhamdulillah, Musolla MCKK telah berjaya menjadi johan dan InsyaAllah akan mewakili negeri Perak ke pringkat kebangsaan bersama beberapa sekolah yang lain.
'Musolla Cemerlang, Akidah Terbilang'

Saturday, August 19, 2006

petanda akhir zaman

Kes-kes murtad memang telah bermaharajalela di Malaysia. kita cuma tidak tahu, secara tidak rasmi misalnya. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya tahu bahawa perkara-perkara yang berlaku ini merupakan satu 'pertolongan' kepada kita untuk kita mengetahui bahawa akhir zaman sedang menjelang. Kita tidak boleh menghalang perkara-perkara sebegini daripada berlaku. Ia telah berlaku dan wajib berlaku! Semuanya telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis tetapi adakah orang yang menyelidikinya?

'telah kami permudahkan Al-Quran itu untuk peringatan dan pengajaran tetapi adakah orang yang ingin mengambil pengajaran daripadanya?'

Nabi SAW telah bagi 'briefing' kepada para sahabat tentang petanda-petanda akan munculnya akhir zaman, kita cuma perlu mengetahuinya dan menjaga akidah kita supaya jangan terpesong. Makisat telah berlaku secara berleluasa. Darjah putaran bumi semakin berubah. Matahari tidak lama lagi akan terbit dari barat!

'telah aku tinggalkan kamu dua perkara yang mana sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya nescaya kamua tidak akan sesat selamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah'

Al-Quran akan terpelihara sehingga hari kiamat. Pelajarilah Al-Quran dan dalaminya. semoga Allah akan membuka pintu hati kita semua Insya Allah. Bartaubatlah segera kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka dan Allah itu maha Pengampun. Wassalam...

Sunday, August 13, 2006

Keadaan Islam.

Dari hari ke hari, kita dapat lihat dalam muka akhbar tempatan, di kaca televisyen, mendengar radio dan sebagainya tentang serangan yahudi zionis laknatullah terhadap lebanon, hezbollah dan lain-lain. Kita sebagai umat Islam seharusnya mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya semangat perpaduan antara umat Islam sedunia. Baru-baru ini jika kita prihatin dengan hal-hal yang berlaku di dewan rakyat sendiri di mana isu Islam tidak dititikberatkan lagi malah dijadikan sebagai hal-hal sampingan sahaja. Saya sedih apabila terdebgar kisah dato' Mustafa Muhammad (kalau tidak salah saya) di dalam dewan Parlimen yang membangkitkan isu kedudukan melayu dalm malaysia yang semakin terumbang-ambing. Kaum yang dahulu hanya datang menoreh getah disini, hanya berniaga cuba untuk merampas Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu daripada kita. Mungkin kita tidak dapat menghantar para pejuang kita ke negara yang telah diserang namun tindakan yang paling mudah yang dapat kita lakukan ialah dengan berdoa kepada Yang Esa untuk memberi rahmat-Nya kepada orang Islam. Bangunan di bom disana-sini, kanak-kanak yang masih belum boleh bercakap dan masih bertatih dibunuh dengan kejamnya, perempuan Islam diperkosa dan sebagainya. kes murtad di malaysia bukan lagi menjadi isu perbualan utama rakyat. Kes murtad yang terbaru. Azlina Jailani telah membuat rayuan untuk menukar agama iaitu murtad dari Islam sekaligus menukar namanya kepada Lina Joy. Ini menunjukkan betapa lemahnya sistem perundangan di negara kita! Kemana perginya pemimpin Islam yang lain? berbalik kepada kes murtad Azlina tadi, itu yang rasmi! yang tak rasminya, wallahu warrasulu 'alam! Kalau kita nak semak rekod orang murtad di pejabat Qadi, mereka tak buat catatan! Sebab apa? Nabi kata orang yang membenarkan orang itu menghampiri murtad ataupun murtad itu juga murtad! Sebab itu mereka (Qadi) tidak buat laporan mengenainya! kalau nak tahu berapa ramai orang melayu kita murtad, pergi sahaja ke balai polis. Lihat berapa ramai pengikut 'ayah pin' itu orang melayu! Beratus-ratus, beribu-ribu! Murtad tak itu? Sudah tentu murtad! Tengok lagi remaja yang terlibat dengan black metal! Pijak Al-Quran! Kencing atas Al-Quran! Murtad tak itu? Sudah tentu murtad!

"barangsiapa yang murtad dari agamanya (Islam) dan jika dia mati, matinya itu dalam keadaan kafir"

Persatuan melayu murtad telah diluluskan dan bible yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu sedang giat dipasarkan. Apa dah jadi? bak kata ustaz, malaysia bukan negara Islam tetapi negara orang Islam. namun kita masih leka. Sesungguhnya peristiwa yang berlaku di timur tengah sewajarnya diambil iktibar oleh kita semua.

"masuklah kamu kedalam Islam itu dengan seluruhnya"

Memanglah dalam Al-Quran itu kita baca "tiada paksaan dalam beragama" tapi jika lihat pada terjemahannya sahaja tidak berguna! sebab itu dalam Ilmu penafsiran ayat-ayat Al-Quran kita tidak boleh memberi makna itu akan dianggap biadap, cuma terjemahannya sahaja.

"telah Kami permudahkan Al-Quran itu untuk peringatan dan pengajaran, tetapi adakah yang ingin mengambil pengajaran daripadanya?"

SEMOGA ISLAM AKAN TERPELIHARA!!
SELAMATKAN AQSA!!
BEBASKAN PALESTIN!! BEBASKAN LEBANON!! BEBASKAN HEZBOLLAH!!
HANCURKANLAH MUSUH-MUSUH ISLAM!!

wassalam..

Saturday, July 29, 2006

Usrah di Prep School..

Alhamdulillah, setelah tamatnya majlis sambutan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah serta Temasya Olahraga Tahunan Malay College Kuala Kangsar 2006, pihak sekolah telah memansuhkan prep dan membenarkan para pelajar berehat di blok asrama masing-masing. Jadi pihak BANI telah berbincang dan bersetuju untuk mengadakan majlis Usrah untuk para pelajar tingkatan satu di prep school. Sebanyak 12 hingga 16 naqib dari kalangan ahli BANI telah dipilih bagi menjadikan majlis usrah ini satu kejayaan. Tajuk pada malam semalam ialah, 'solat mengikut cara Rasulullah SAW' sebelum memulakan Usrah, para naqib telah berkumpul di dalam bilik bahasa arab untuk diberikan sedikit maklumat tentang isi-isi usrah yang akan disampaikan kepada para pelajar tingkatan 1 oleh sdr presiden, Ikhwan. Usrah bermula selepas isya' sehingga lebih kurang jam 10.20 malam. Para pelajar telah menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan. Amatlah diharapkan agar program-program sebegini dapat mewujudkan dengan lebih meluas sekaligus menjadikan pelajar kolej yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Friday, July 21, 2006

Asmaul Husna



Pada setiap hari Jumaat sewaktu perhimpunan harian, salah seorang dari ahli BANI akan mengendalikan bacaan Asmaul Husna seperti tahun lepas.

Hadiah bagi Majlis Menghafaz Al-quran 1427


Pada tahun permulaan ni, hadiah bagi menengah rendah ditaja oleh kolej manakala bagi menengah atas telah ditaja oleh ahli BANI bagi tahun 1427H. Disebelah kiri bagi menengah atas manakala di sebelah kanan itu menengah rendah.

Usrah Mingguan.




Alhamdulillah, atas usaha yang memberansangkan oleh semua ahli Majlis Syura, satu program Usrah mingguan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya buat kali kedua. Usrah bermaksud 'keluarga'.. Jadi semua warga kolej yang berminat unuk menyertai usrah ini amat dialu-alukan. Setiap sesi Usrah ini dijalankan pada setiap malam sabtu iaitu pada hari jumaat malam. Untuk pengetahuan semua, sesi Usrah ini telah menjangkau ke sesi yang kedua. Pada sesi Usrah yang pertama, kedatangan ahli Usrah amat memberangsangkan, begitu juga dengan kehadiran untuk sesi Usrah kedua. Sebanyak 6 orang naqib (penasihat Usrah) telah diaturkan. Diharapkan program Usrah in mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan oleh pelajar kolej.

wassalam..

Friday, July 07, 2006

Majlis Perasmian.




Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, tetamu kehormat pada malam itu ialah tuan pengetua sendiri, En Mohd Rauhi bin Mohd Isa.. Manakala pengacara majlis pada malam itu ialah Saudara Mohamad Anif Adenan dan Saudara Aslam bin Abd Jalil.. Hadiah bagi pemenang menengah rendah ialah satu piala pusingan yang ditaja oleh pihak kolej dan wang tunai manakala bagi menengah atas pula merupakan satu piala pusingan yang ditaja oleh pihak BANI 2006 dan wang tunai.. Diharapkan majlis sebegini dapat diteruskan oleh pihak BANI pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Wassalam..

Peserta dan pemenang..




Beberapa orang peserta yang menyertai pertandingan hafazan tempoh hari.. berikut adalah keputusan pertandingan:

Menengah rendah:
1. shauqi
2. fakhri
3. amirrol

Menengah atas:

1. hanif
2. azrai
3. sheikh ahmad izzat

PERBINCANGAN BERNAS


Free shoutbox @ ShoutMix